Maklumat Sijil Kolej Komuniti Berterusan - SKK (T)

MAKLUMAT AM

1. Maklumat Program

SINOPSIS - Program Sijil pengoperasian Perniagaan

Adalah salah satu program yang membolehkan pelajar menadapat pengetahuan dan kemahiran bukan secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang perniagaan,perakaunan dan kewangan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semesterTempoh setiap semester adalah 4 bulan.


2. Yuran Pengajian, RM 200/Semester.

Kaedah Pembelajaran , 80% Praktikal dan 20% Teori.

Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

  Syarat Kemasukan:

  • Warganegara MALAYSIA
  • LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara dengan

3.  Prospek Kerja

  •   Usahawan
  •   Penyelia Operasi
  •   Penyelia Jualan
  •  Penyelia Sumber Manusia
  •  Pembantu Pemasaran
  •  Perunding Perniagaan
  •  Sambung Belajar ke peringkat lebih tingggi