Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Pasir Mas

Kolej komuniti adalah sebuah daripada institusi pendidikan awam yang terletak dibawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi. Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti. Pada 15 September 2009,  Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Di awal penubuhannya Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan diseluruh Negara. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran.

Kolej Komuniti Cawangan Pasir Mas telah beroperasi pada tahun 2008 di kampus sementara iaitu menggunakan bangunan Politeknik Kota Bharu iaitu di bawah pengurusan induk Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Di awal penubuhan, semua pelajar ambilan pertama menggunakan fasiliti Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Pada Jan 2009, Kolej Komuniti Cawangan Pasir Mas telah berpindah bangunan dari Politeknik Kota Bharu ke Kampus 1,Kolej Komuniti Cawangan Pasir Mas yang terletak di Lot 3302-3307,Taman Sri Kota,Mukim Pasir Pekan,Daerah Wakaf Bharu,Jajahan Tumpat, Kelantan. Manakala Kampus 2, di alamat Kolej Komuniti Pasir Mas,Lot PT 283, Kampung Pengkalan Batu, jalan Pasir Pekan,17000 Pasir Mas, Kelantan bagi menjalankan Program Pengajian Sepanjang Hayat, PSH (Kursus Pendek) bagi memenuhi permintaan komuniti setempat terutamanya dalam bidang masakan dan jahitan.

Kolej Komuniti Pasir Mas ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 097185911 / 097185909
  • No Faks: 097185900
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Pasir Mas,PT 3302-3307,Taman Sri Kota,Pasir Pekan,16250 Wakaf Bharu,Kelantan